Rabu, 11 Julai 2012

KESULITAN YANG MENGANDUNGI HIKMAH


Segala puji-pujian bagi Allah swt yang telah menjadikan segalanya itu untuk keperluan manusia dalam mentauhidkan dan mengesakan Allah swt. Selawat dan salam buat Rasulullah saw yang telah menjadi penutup segala nabi dan rasul.

Kesengseraan atau kata lain kesusahan adalah perkara yang susah ingin diterima oleh setiap manusia kecuali mereka yang mengetahui akan hikmah Allah menjadikannya kerana Allah swt itu tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Dr Aid Abdullah al Qarni memulakan kata-kata beliau dengan " Tidak selamanya rasa sakit itu tidak berharga, sehingga harus dibenci kerana kemungkinan rasa sakit itu justeru mendatangkan kebaikan bagi seseorang."

Dalam pembahasan ini beliau memulakan sentuhan beliau dengan di datangkan contoh sakit. sakit termasuk dalam kesusahan dan kesengsaraan, ia bukan satu perkara yang mudah di terima bahkan jauh nak rasakan ia sebuah nikmat.

Contoh pada sakit ini, diterangi lagi dengan dikaitkan orang yang berdoa pada Allah swt dalam keadaan sakit dan ia berdoa dalam keadaan sihat.

Ini cukup nyata perbezaannya, apabila kita berdoa dalam keadaan sakit yang penuh dengan pengharapan, pergantungan dan rasa rendah diri terhadap Allah swt. Berbeza bila tikamana kita berdoa dalam keadaan sihat yang penuh dengan sambil lewa dan acuh tak acuh saja.

Diceritakan bahawa Fir'aun Laknatullah tidak pernah mengalami sakit walaupun demam, ini di antara punca membuatkan beliau merasakan diri sebagai tuhan, nauzubillah.

Ini satu pengajaran yang besar kepada kita apabila bahawa dengan sakit yang kita alami ini membuatkan kita rasa tidak sempurna, lemah dan melahirkan rasa ingatan kepada Allah swt. Dengan ini, membuatkan secara tak langsung lahir dalam diri kita, bahawa Allah swt itu maha sempurna, berkuasa dan esa.

Begitu juga pada halnya yang lain, kesengsaraan dan kesusahan ini juga membuatkan seseorang itu dapat menambahkan tarbiyah dan didikan diri terus dari Allah swt. Seperti apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dalam satu taujihatnya terhadapat tarbiyah: " Allah swt akan sentiasa mentarbiyah hambanya, terpulang pada hambanya mengambil ataupun tidak tarbiyah dan didikan dari Allah swt ini."

Itu sebabnya di dalam mengambil tarbiyah Allah swt ini, ianya hanya akan didapati oleh golongan yang berfikir dan mengambil pengajaran disebalik peristiwa yang terjadi. Jika kita lihat di dalam alQuran, cukup banyak peringatan Allah swt kepada kita supaya kita berfikir.

Dengan pengajaran ini pula, akan menambahkan kematangan seseorang itu di dalam melalui langkah kehidupan ini. Kematangan ini bukan satu perkara yang boleh di dapati di sekolah apatah universiti tetapi ia datang dari peristiwa yang di lalui oleh seseorang itu.

Maka dengan apa yang telah bincangkan ini, menunjukkan bahawa Allah swt itu maha kasih terhadap hamba-hambaNya. Cuma hamba-hambanya itu sering lupa dari mengingati dan mentaati akanNya.

Firman Allah swt di dalam surah as Syarh :

" maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan "


wAllahu a'lam




kuliah maghrib kitab La Tahzan

URWAH BIN ZUBAIR SEORANG YANG REDHA


Innalillahi wainna ilaihi rajiun, mungkin itu ungkapan yang terbaik bila seseorang yang terkena musibah.


Hampir masuk tiga minggu adha kene demam malam. Bila lepas asar je badan mulalah rasa seram sejuk macam orang dah kene demam dua tiga minggu. Kalau sempat keluar pergi kuliah hari tu, maka dapatlah kuliah, tapi ada juga yang memang takda rezeki, di tengah jalan terpaksa dibatalkan kuliah kerana badan memang terasa uzur sangat. Program jemaah dan mesyuarat-mesyuarat terpaksa tak dapat ikut sama.

Mungkin ini kifarah dosa adha yang terlalu banyak atau ujian Allah nak menambahkan kekuatan dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab Allah swt di muka bumi ini. Tengah duk menahan sakit, adha teringat kisah seorang tabi'in yang bernama Urwah bin Zubair, seorang thabi'in, anak saudara kepada Saidatina Aisyah r.a yang cukup terkenal dengan kefaqihan beliau di Madinah.

Beliau dijemput oleh khalifah Walid bin Abdul Malik ke Syam. Lalu beliau pergi ke Syam dengan ditemani oleh anak lelaki beliau. Di tengah jalan, beliau terkena satu penyakit dikakinya seperti bisul. Bila sampai di Syam setelah bertemu dengan khalifah Walid bin Abdul Malik dengan dikhabarkan penyakit yang dihinggapinya, khalifah memanggil seorang thabib untuk memeriksanya. Apabila diperiksa, rupanya penyakit yang menghinggapi Urwah bukanlah bisul tetapi sebuah jangkitan yang memerlukan kepada pemotongan kakinya.

Urwah bersetuju untuk dipotong kakinya. Ketika hendak dipotong kakinya, thabib hendak mengenakan terlebih dahulu ubat penahan sakit tetapi ditolak oleh urwah. Sehingga thabib menyatakan pemotongan kaki urwar itu menggunakan gergaji tetapi Urwah tetap menolaknya, sehingga Urwah menyatakan biarlah ia merasakan sakit yang sebenar, kerana semakin rasa sakitnya itu semakin kuat pergantungan dan pengharapannya kepada Allah swt.

Diketika Urwah menjalani pembedahan itu, anak lelaki yang menemaninya tadi telah mati disebabkan serangan binatang buas. Seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Selesai pembedahan itu Urwah pun pulang ke Madinah. Apabila sampai di Madinah, disebuah lorong yang dilalui olehnya, Urwah terdengar seorang lelaki berdoa : " ya Allah, engkau telah memberikan aku enam orang anak dan kini engkau telah mengambil salah satunya, tapi aku tetap masih bersyukur kepadaMu. Ya Allah, Engkau telah memberikan aku tubuh yang baik, kini engkau mengambil salah satu anggotaku ini, tetapi tetap aku bersyukur kerana masih lagi ada yang tinggal buatku."

Urwah mendengar doa lelaki tersebut membuatkan ia sayu dan bertambah rasa syukur dan redha dalam dirinya walaupun diuji oleh Allah swt dengan musibah yang betimpa-timpa.

SubhanAllah, satu cerita yang boleh kita jadikan satu pengajaran, menambahkan kekuatan dan rasa redha terhadap apa yang telah Allah berikan kepada kita, baik ia pada pandangan mata kita ataupun tidak, ia tetap yang terbaik dari Allah swt buat kita.

Ahad, 1 Julai 2012

“ Itu Saje Ke Ustaz ? “



“ Itu saja ke ustaz ? “ jawapan  dari sms yang didapati pagi tu. Ianya bermula dengan sms yang masuk ke inbox handsetku pagi itu sewaktu dalam perjalanan pulang dari kuliah subuh di Ampang.

Sms  yang berbunyi : “ salam ustaz, saya nak minta ustaz doakan saya supaya diberikan ketenangan. Ustaz, saya dalam keadaan rasa gundah gulana sangat, hati jadi tak tentu arah. Minta sangat ustaz dapat doakan ketenangan buat saya dalam menghadapi ujian ini.”

Saya cuba membalas sms ini “ waalaikumsalam akak, maaf jika tak menjadi keberatan bagi pihak akak, boleh saya tahu apa yang berlaku sampai begitu sekali perasaan yang bermain ? “

“ ustaz, semalam rumah saya didatangi sebuah kereta polis, empat anggota polis datang kerumah saya menyelongkar rumah saya kerana mencari bahan bukti, mereka katakana anak lelaki saya didapati melakukan kesalahan. Saya rasa serabut sangat kepala dan perasaan saya, bahkan terasa malu sangat dengan jiran sekeliling. Macam mana ye ustaz ? “

Saya cuba membalasnya dengan : “ akak, pertamanya akak banyakkan beristiqfar kepada Allah swt, keduanya buat solat sunat taubat dua rakaat dan ketiganya akak banyakkan membaca al Quran. Semoga usaha yang akak lakukan ini, Allah swt memberikan ketenangan dalam melalui ujianNya ini.”

Rupanya harapanku merosot apabila jawapan dari reply akak tersebut dengan mengatakan : “ tu je ke ustaz “. Aku mengetuk kepala sambil menyebut subhanAllah. Kenapa tak percaya ke.

Peristiwa ini membawa aku kepada permasalahan masyarakat pada hari ini. Mereka islam, beriman, sembahyang dan banyak lagi ibadah yang mereka lakukan tetapi semuanya itu hanya seperti menyiram air di atas daun keladi tetapi tidak memberikan apa-apa sentuhan kepada mereka.

Padanlah akhir-akhir ini aku diselubungi dengan persoalan : “ kenapa hari ini semakin ramai orang yang kembali meramaikan rumah Allah dengan solat tetapi dalam masa yang sama kemungkaran tidak kurangnya .” Mungkin ini adalah jawapan yang Allah nak berikan padaku, subhanAllah.

Aku mula mengkaji dan cuba bertanya kepada insan yang arif dalam bidang ini. Alhamdulillah jawapannya ditemui, keyakinan masih lagi berbelah bagi terhadap Allah swt. Maka keyakinan ini juga bersangkutan dengan sejauhmana ketaatan kita kepada Allah swt. Kecuaian dalam menunaikan perintah Allah swt terutamanya salat akan membawa kecuaian itu juga kepada keyakinan kepada Allah swt.

Kesimpulannya, keyakinan kepada Allah swt memain peranan utama dalam kehidupan ini. Keyakinan yang baik membawa kepada kebahagiaan dan keyakinan yang lemah dan sakit membawa kepada kemusnahan. Kekuatan kayakinan  itu bermula dengan menjaga dan memelihara dengan baik segala perintah dan amanah dari Allah swt terutamanya salat.

Maka dalam usaha menjaga dan memelihara perintah dan amanah Allah swt ini, tidak dapat tidak bermula dengan langkah pertama iaitu ilmu pengetahuan, tidak menjauhkan diri dari majlis ilmu kerana majlis ilmu ini tempat menimba segala perkara yang membawa kita kepada kebaikan dan kebahagian myang didambakan.

wAllahu A’alam

Selasa, 18 Oktober 2011

Implikasi Zakat Kepada Masyarakat

Segala pujian bagi Allah swt yang telah memberikan hambanya setiap sesuatu itu keperluan bagi kemuslihatan hambanya. Selawat dan salam buat Rasulullah saw yang membuat satu penerangan sesuatu itu dalam memudahkan hambanya memahami dan mengamali.

Zakat adalah rukun islam yang kelima. Ia adalah di antara pundamin utama di dalam islam. Pensyariatannya adalah pelengkap bagi menyempurnakan kesyumulan islam dalam setiap peringkat di antara Khaliq dengan hamba dan hamba sesama hamba.

Firman Allah swt : “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Al-Bayyinah :5)

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika mengutus Muadz bin Jabbal ra. ke negeri Yaman : “Terangkanlah kepada mereka bahwa Allah telah mewajibkan kepada mereka untuk mengeluarkan zakat yang dipungut dari orang-orang kaya diantara mereka untuk diberikan kepada orang-orang fakir dari mereka”. (HR. Muslim Kitabul Iman 1:147(121))

Adapun Ijma’, maka kaum muslimin disetiap masa telah ijma’ akan wajibnya zakat. Juga para sahabat telah sepakat untuk memerangi orang-orang yang tidak mau membayarnya dan menghalalkan darah dan harta mereka karena zakat termasuk dari syi’ar Islam yang agung. (Mughni, karya Ibnu Qudamah 4:5)

Zakat ialah penyucian dan penambahan, diwajibkan ke atas orang yang memiliki harta benda yang tertentu untuk mengeluarkan bahagiannya kepada orang yang mustahak menerimanya menurut ketetapan hukum syara'.

Hikmah disyariatkan zakat

Diantara hikmah disyari’atkannya zakat adalah :

a. Menguatkan rasa kasih sayang antara si kaya dengan si miskin. Hal ini disebabkan fitrahnya jiwa manusia adalah senang terhadap orang yang berbuat kebaikan (berjasa kepadanya).

Jurang di antara sikaya dan simiskin yang terbina selama ini akan lenyap disebabkan ibadah zakat, bukan setakat zakat yang disyariatkan ini sahaja tetapi merangkumi ibadah lain yang bersangkutan dengan " memberi dan menerima ". Dengan lenyapnya jurang ini akan menambah baikkan hubungan dua hala, bahkan dengan pelaksanaan zakat yang betul dari segi membayar sehingga mengagihkan zakat ini akan membuatkan permasalahan ragut, kecurian dan rompakan akan berkurangan.

Ini kerana keperluan yang mencukupi disebabkan pengagihan yang baik sebagaimana yang terjadi di zaman Saidina Umar Abdul Aziz yang didapati tiada lagi orang yang boleh menerima zakat disebabkan tiada yang melepasi takrifan asnaf, juga pengagihan harta zakat yang baik, bukan disimpan, diniagakan atau dilaburkan.

b. Mensucikan dan membersihkan jiwa serta menjauhkan jiwa dari sifat kikir dan bakhil.

Zakat juga mendidik menjadi seseorang itu menjadi insan yang pemurah dan tidak menjadikan harta itu sebagai hak dia semata-mata tetapi amanah Allah swt untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Ulamak menyatakan bahawa orang kaya ini adalah amil ( pekerja ) yang akan mengagih-agihkan harta Allah swt untuk manusia lain.

Sifat kikir dan bakhil ini juga membuatkan seseorang itu kehilangan rakan taulan, sahabat andai sampailah ke keluarga. Ini terjadi kepada seorang hamba Allah swt yang difailkan surat tidak mengaku anak oleh ayahnya disebabkan anak tadi tidak mahu memberikan duit peninggalan ibunya.

c. Membiasakan seorang muslim untuk memiliki sifat belas kasihan.

Zakat juga melahirkan rasa kasihan belas dalam diri seseorang itu terhadap orang lain, rasa bertanggungjawab terhadap kesusahan dan permasalahan orang lain. Ini yang semakin hilang dikalangan kita rasa kasihan belas dan rasa tanggungjawab.

Apabila datang orang yang meminta, maka akan tergambarlah 1001 macam alasan dan persoalan untuk mengelak dan memberi. Bagaimana keadaan sekalipun bagi orang yang meminta, objektifnya tetap dia memerlukan, kalau tidak takkan sampai dia meminta.

d. Memperoleh keberkahan, tambahan dan ganti yang lebih baik dari Allah Ta’ala.

Pembayaran zakat yang kita buat ini akan menambah keberkatan dan Allah swt akan menambah lagi yang lebih baik. Bukan sekadar itu tetapi yang besar adalah untuk melahir dan menjadikan pegangan, keimanan sehinggalah pemikiran kita kuat dengan janji-janji Allah swt iaitu keberkatan dan ziadah dari Allah swt.

Pegangan dan pemikiran terhadap keberkatan dan janji-janji Allah swt inilah yang semakin hilang dikalangan kita. Kita lebih menghhukum kepada sesuatu yang dapat dihukum dengan mata fizikal, seperti kita ada seratus ringgit, apabila kita bagi orang sepuluh ringgit, maka yang tinggal sembilan puluh ringgit.

Kita lupa bahawa kecukupan itu bukan dikira dari angka yang ada pada duit itu tetapi keberkatan yang datang dari Allah swt. Jika benar andaian kita terhadap angka tadi, kenapa satu masa dulu orang yang mempunyai anak tiga belas, dengan kehidupannya " kais pagi makan pagi, kais petang makan petang " tetapi ia tetap cukup sehingga boleh menyekolah anak-anak sehingga ke universiti, tetapi kita pada hari ini, ana cuma empat orang itu pun sampai bergaduh berebut ketika hendak makan.

e. Sebagai ibadah kepada Allah Ta’ala

Zakat juga dikira sebagai ibadah. Ibadah disini lebih menjurus kepada ketaatan kita kepada Allah swt. Allah swt mahu melihat sejauhmana kita mentaati segala perintahnya. Ketaatan di dalam menuanaikan ibadah zakat ini bukan perkara yang mudah kerana ia berkait rapat dengan harta benda.

Harta adalah salah satu dari tiga perkara yang perkatakan oleh Rasulullah saw yang termasuk dalam fitnah dunia. Bukan senang kita mahu keluarkan duit dengan jumlah yang besar semata-mata untuk menunaikan kehendak Allah swt dalam masa yang sama kita tidak mendapat keuntungannya pada masa kasar kita, tapi kita lupa bahawa segalanya itu dari Allah swt.

Inilah dia ibadah zakat yang menjadi satu kefardhuan bahkan teras utama di antara teras-teras utama di dalam menegakkan islam syumul dalam diri kita. Bukan sekadar itu tetapi lebih menyentuh kepada keimanan dan ketaatan kita kepada Allah swt.

wAllahu a'alam.


Kitab Hadit 40 Imam Nawawi, Syarah Ustaz Mustafa Abdul Rahman
Kuliah Maghrib di Suran alIman, Kampung Indah Permai.
Isnin 17/10/2011