Selasa, 18 Oktober 2011

Implikasi Zakat Kepada Masyarakat

Segala pujian bagi Allah swt yang telah memberikan hambanya setiap sesuatu itu keperluan bagi kemuslihatan hambanya. Selawat dan salam buat Rasulullah saw yang membuat satu penerangan sesuatu itu dalam memudahkan hambanya memahami dan mengamali.

Zakat adalah rukun islam yang kelima. Ia adalah di antara pundamin utama di dalam islam. Pensyariatannya adalah pelengkap bagi menyempurnakan kesyumulan islam dalam setiap peringkat di antara Khaliq dengan hamba dan hamba sesama hamba.

Firman Allah swt : “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Al-Bayyinah :5)

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika mengutus Muadz bin Jabbal ra. ke negeri Yaman : “Terangkanlah kepada mereka bahwa Allah telah mewajibkan kepada mereka untuk mengeluarkan zakat yang dipungut dari orang-orang kaya diantara mereka untuk diberikan kepada orang-orang fakir dari mereka”. (HR. Muslim Kitabul Iman 1:147(121))

Adapun Ijma’, maka kaum muslimin disetiap masa telah ijma’ akan wajibnya zakat. Juga para sahabat telah sepakat untuk memerangi orang-orang yang tidak mau membayarnya dan menghalalkan darah dan harta mereka karena zakat termasuk dari syi’ar Islam yang agung. (Mughni, karya Ibnu Qudamah 4:5)

Zakat ialah penyucian dan penambahan, diwajibkan ke atas orang yang memiliki harta benda yang tertentu untuk mengeluarkan bahagiannya kepada orang yang mustahak menerimanya menurut ketetapan hukum syara'.

Hikmah disyariatkan zakat

Diantara hikmah disyari’atkannya zakat adalah :

a. Menguatkan rasa kasih sayang antara si kaya dengan si miskin. Hal ini disebabkan fitrahnya jiwa manusia adalah senang terhadap orang yang berbuat kebaikan (berjasa kepadanya).

Jurang di antara sikaya dan simiskin yang terbina selama ini akan lenyap disebabkan ibadah zakat, bukan setakat zakat yang disyariatkan ini sahaja tetapi merangkumi ibadah lain yang bersangkutan dengan " memberi dan menerima ". Dengan lenyapnya jurang ini akan menambah baikkan hubungan dua hala, bahkan dengan pelaksanaan zakat yang betul dari segi membayar sehingga mengagihkan zakat ini akan membuatkan permasalahan ragut, kecurian dan rompakan akan berkurangan.

Ini kerana keperluan yang mencukupi disebabkan pengagihan yang baik sebagaimana yang terjadi di zaman Saidina Umar Abdul Aziz yang didapati tiada lagi orang yang boleh menerima zakat disebabkan tiada yang melepasi takrifan asnaf, juga pengagihan harta zakat yang baik, bukan disimpan, diniagakan atau dilaburkan.

b. Mensucikan dan membersihkan jiwa serta menjauhkan jiwa dari sifat kikir dan bakhil.

Zakat juga mendidik menjadi seseorang itu menjadi insan yang pemurah dan tidak menjadikan harta itu sebagai hak dia semata-mata tetapi amanah Allah swt untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Ulamak menyatakan bahawa orang kaya ini adalah amil ( pekerja ) yang akan mengagih-agihkan harta Allah swt untuk manusia lain.

Sifat kikir dan bakhil ini juga membuatkan seseorang itu kehilangan rakan taulan, sahabat andai sampailah ke keluarga. Ini terjadi kepada seorang hamba Allah swt yang difailkan surat tidak mengaku anak oleh ayahnya disebabkan anak tadi tidak mahu memberikan duit peninggalan ibunya.

c. Membiasakan seorang muslim untuk memiliki sifat belas kasihan.

Zakat juga melahirkan rasa kasihan belas dalam diri seseorang itu terhadap orang lain, rasa bertanggungjawab terhadap kesusahan dan permasalahan orang lain. Ini yang semakin hilang dikalangan kita rasa kasihan belas dan rasa tanggungjawab.

Apabila datang orang yang meminta, maka akan tergambarlah 1001 macam alasan dan persoalan untuk mengelak dan memberi. Bagaimana keadaan sekalipun bagi orang yang meminta, objektifnya tetap dia memerlukan, kalau tidak takkan sampai dia meminta.

d. Memperoleh keberkahan, tambahan dan ganti yang lebih baik dari Allah Ta’ala.

Pembayaran zakat yang kita buat ini akan menambah keberkatan dan Allah swt akan menambah lagi yang lebih baik. Bukan sekadar itu tetapi yang besar adalah untuk melahir dan menjadikan pegangan, keimanan sehinggalah pemikiran kita kuat dengan janji-janji Allah swt iaitu keberkatan dan ziadah dari Allah swt.

Pegangan dan pemikiran terhadap keberkatan dan janji-janji Allah swt inilah yang semakin hilang dikalangan kita. Kita lebih menghhukum kepada sesuatu yang dapat dihukum dengan mata fizikal, seperti kita ada seratus ringgit, apabila kita bagi orang sepuluh ringgit, maka yang tinggal sembilan puluh ringgit.

Kita lupa bahawa kecukupan itu bukan dikira dari angka yang ada pada duit itu tetapi keberkatan yang datang dari Allah swt. Jika benar andaian kita terhadap angka tadi, kenapa satu masa dulu orang yang mempunyai anak tiga belas, dengan kehidupannya " kais pagi makan pagi, kais petang makan petang " tetapi ia tetap cukup sehingga boleh menyekolah anak-anak sehingga ke universiti, tetapi kita pada hari ini, ana cuma empat orang itu pun sampai bergaduh berebut ketika hendak makan.

e. Sebagai ibadah kepada Allah Ta’ala

Zakat juga dikira sebagai ibadah. Ibadah disini lebih menjurus kepada ketaatan kita kepada Allah swt. Allah swt mahu melihat sejauhmana kita mentaati segala perintahnya. Ketaatan di dalam menuanaikan ibadah zakat ini bukan perkara yang mudah kerana ia berkait rapat dengan harta benda.

Harta adalah salah satu dari tiga perkara yang perkatakan oleh Rasulullah saw yang termasuk dalam fitnah dunia. Bukan senang kita mahu keluarkan duit dengan jumlah yang besar semata-mata untuk menunaikan kehendak Allah swt dalam masa yang sama kita tidak mendapat keuntungannya pada masa kasar kita, tapi kita lupa bahawa segalanya itu dari Allah swt.

Inilah dia ibadah zakat yang menjadi satu kefardhuan bahkan teras utama di antara teras-teras utama di dalam menegakkan islam syumul dalam diri kita. Bukan sekadar itu tetapi lebih menyentuh kepada keimanan dan ketaatan kita kepada Allah swt.

wAllahu a'alam.


Kitab Hadit 40 Imam Nawawi, Syarah Ustaz Mustafa Abdul Rahman
Kuliah Maghrib di Suran alIman, Kampung Indah Permai.
Isnin 17/10/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan