Segala puji-pujian bagi Allah swt yang telah menjadikan segalanya itu untuk keperluan manusia dalam mentauhidkan dan mengesakan Allah swt. Selawat dan salam buat Rasulullah saw yang telah menjadi penutup segala nabi dan rasul.
Kesengseraan atau kata lain kesusahan adalah perkara yang susah ingin diterima oleh setiap manusia kecuali mereka yang mengetahui akan hikmah Allah menjadikannya kerana Allah swt itu tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.
Dr Aid Abdullah al Qarni memulakan kata-kata beliau dengan " Tidak selamanya rasa sakit itu tidak berharga, sehingga harus dibenci kerana kemungkinan rasa sakit itu justeru mendatangkan kebaikan bagi seseorang."
Dalam pembahasan ini beliau memulakan sentuhan beliau dengan di datangkan contoh sakit. sakit termasuk dalam kesusahan dan kesengsaraan, ia bukan satu perkara yang mudah di terima bahkan jauh nak rasakan ia sebuah nikmat.
Contoh pada sakit ini, diterangi lagi dengan dikaitkan orang yang berdoa pada Allah swt dalam keadaan sakit dan ia berdoa dalam keadaan sihat.
Ini cukup nyata perbezaannya, apabila kita berdoa dalam keadaan sakit yang penuh dengan pengharapan, pergantungan dan rasa rendah diri terhadap Allah swt. Berbeza bila tikamana kita berdoa dalam keadaan sihat yang penuh dengan sambil lewa dan acuh tak acuh saja.
Diceritakan bahawa Fir'aun Laknatullah tidak pernah mengalami sakit walaupun demam, ini di antara punca membuatkan beliau merasakan diri sebagai tuhan, nauzubillah.
Ini satu pengajaran yang besar kepada kita apabila bahawa dengan sakit yang kita alami ini membuatkan kita rasa tidak sempurna, lemah dan melahirkan rasa ingatan kepada Allah swt. Dengan ini, membuatkan secara tak langsung lahir dalam diri kita, bahawa Allah swt itu maha sempurna, berkuasa dan esa.
Begitu juga pada halnya yang lain, kesengsaraan dan kesusahan ini juga membuatkan seseorang itu dapat menambahkan tarbiyah dan didikan diri terus dari Allah swt. Seperti apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dalam satu taujihatnya terhadapat tarbiyah: " Allah swt akan sentiasa mentarbiyah hambanya, terpulang pada hambanya mengambil ataupun tidak tarbiyah dan didikan dari Allah swt ini."
Itu sebabnya di dalam mengambil tarbiyah Allah swt ini, ianya hanya akan didapati oleh golongan yang berfikir dan mengambil pengajaran disebalik peristiwa yang terjadi. Jika kita lihat di dalam alQuran, cukup banyak peringatan Allah swt kepada kita supaya kita berfikir.
Dengan pengajaran ini pula, akan menambahkan kematangan seseorang itu di dalam melalui langkah kehidupan ini. Kematangan ini bukan satu perkara yang boleh di dapati di sekolah apatah universiti tetapi ia datang dari peristiwa yang di lalui oleh seseorang itu.
Maka dengan apa yang telah bincangkan ini, menunjukkan bahawa Allah swt itu maha kasih terhadap hamba-hambaNya. Cuma hamba-hambanya itu sering lupa dari mengingati dan mentaati akanNya.
Firman Allah swt di dalam surah as Syarh :
" maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan "
wAllahu a'lam
kuliah maghrib kitab La Tahzan