“ Itu saja ke ustaz ? “
jawapan dari sms yang didapati pagi tu.
Ianya bermula dengan sms yang masuk ke inbox handsetku pagi itu sewaktu dalam
perjalanan pulang dari kuliah subuh di Ampang.
Sms yang berbunyi : “ salam ustaz, saya nak minta
ustaz doakan saya supaya diberikan ketenangan. Ustaz, saya dalam keadaan rasa
gundah gulana sangat, hati jadi tak tentu arah. Minta sangat ustaz dapat doakan
ketenangan buat saya dalam menghadapi ujian ini.”
Saya cuba membalas sms ini “
waalaikumsalam akak, maaf jika tak menjadi keberatan bagi pihak akak, boleh
saya tahu apa yang berlaku sampai begitu sekali perasaan yang bermain ? “
“ ustaz, semalam rumah saya
didatangi sebuah kereta polis, empat anggota polis datang kerumah saya
menyelongkar rumah saya kerana mencari bahan bukti, mereka katakana anak lelaki
saya didapati melakukan kesalahan. Saya rasa serabut sangat kepala dan perasaan
saya, bahkan terasa malu sangat dengan jiran sekeliling. Macam mana ye ustaz ?
“
Saya cuba membalasnya dengan : “
akak, pertamanya akak banyakkan beristiqfar kepada Allah swt, keduanya buat
solat sunat taubat dua rakaat dan ketiganya akak banyakkan membaca al Quran. Semoga
usaha yang akak lakukan ini, Allah swt memberikan ketenangan dalam melalui
ujianNya ini.”
Rupanya harapanku merosot apabila
jawapan dari reply akak tersebut dengan mengatakan : “ tu je ke ustaz “. Aku mengetuk
kepala sambil menyebut subhanAllah. Kenapa tak percaya ke.
Peristiwa ini membawa aku kepada
permasalahan masyarakat pada hari ini. Mereka islam, beriman, sembahyang dan
banyak lagi ibadah yang mereka lakukan tetapi semuanya itu hanya seperti
menyiram air di atas daun keladi tetapi tidak memberikan apa-apa sentuhan
kepada mereka.
Padanlah akhir-akhir ini aku
diselubungi dengan persoalan : “ kenapa hari ini semakin ramai orang yang
kembali meramaikan rumah Allah dengan solat tetapi dalam masa yang sama
kemungkaran tidak kurangnya .” Mungkin ini adalah jawapan yang Allah nak
berikan padaku, subhanAllah.
Aku mula mengkaji dan cuba
bertanya kepada insan yang arif dalam bidang ini. Alhamdulillah jawapannya
ditemui, keyakinan masih lagi berbelah bagi terhadap Allah swt. Maka keyakinan
ini juga bersangkutan dengan sejauhmana ketaatan kita kepada Allah swt. Kecuaian
dalam menunaikan perintah Allah swt terutamanya salat akan membawa kecuaian itu
juga kepada keyakinan kepada Allah swt.
Kesimpulannya, keyakinan kepada
Allah swt memain peranan utama dalam kehidupan ini. Keyakinan yang baik membawa
kepada kebahagiaan dan keyakinan yang lemah dan sakit membawa kepada
kemusnahan. Kekuatan kayakinan itu
bermula dengan menjaga dan memelihara dengan baik segala perintah dan amanah
dari Allah swt terutamanya salat.
Maka dalam usaha menjaga dan
memelihara perintah dan amanah Allah swt ini, tidak dapat tidak bermula dengan
langkah pertama iaitu ilmu pengetahuan, tidak menjauhkan diri dari majlis ilmu
kerana majlis ilmu ini tempat menimba segala perkara yang membawa kita kepada
kebaikan dan kebahagian myang didambakan.
wAllahu A’alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan