Rabu, 11 Julai 2012

URWAH BIN ZUBAIR SEORANG YANG REDHA


Innalillahi wainna ilaihi rajiun, mungkin itu ungkapan yang terbaik bila seseorang yang terkena musibah.


Hampir masuk tiga minggu adha kene demam malam. Bila lepas asar je badan mulalah rasa seram sejuk macam orang dah kene demam dua tiga minggu. Kalau sempat keluar pergi kuliah hari tu, maka dapatlah kuliah, tapi ada juga yang memang takda rezeki, di tengah jalan terpaksa dibatalkan kuliah kerana badan memang terasa uzur sangat. Program jemaah dan mesyuarat-mesyuarat terpaksa tak dapat ikut sama.

Mungkin ini kifarah dosa adha yang terlalu banyak atau ujian Allah nak menambahkan kekuatan dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab Allah swt di muka bumi ini. Tengah duk menahan sakit, adha teringat kisah seorang tabi'in yang bernama Urwah bin Zubair, seorang thabi'in, anak saudara kepada Saidatina Aisyah r.a yang cukup terkenal dengan kefaqihan beliau di Madinah.

Beliau dijemput oleh khalifah Walid bin Abdul Malik ke Syam. Lalu beliau pergi ke Syam dengan ditemani oleh anak lelaki beliau. Di tengah jalan, beliau terkena satu penyakit dikakinya seperti bisul. Bila sampai di Syam setelah bertemu dengan khalifah Walid bin Abdul Malik dengan dikhabarkan penyakit yang dihinggapinya, khalifah memanggil seorang thabib untuk memeriksanya. Apabila diperiksa, rupanya penyakit yang menghinggapi Urwah bukanlah bisul tetapi sebuah jangkitan yang memerlukan kepada pemotongan kakinya.

Urwah bersetuju untuk dipotong kakinya. Ketika hendak dipotong kakinya, thabib hendak mengenakan terlebih dahulu ubat penahan sakit tetapi ditolak oleh urwah. Sehingga thabib menyatakan pemotongan kaki urwar itu menggunakan gergaji tetapi Urwah tetap menolaknya, sehingga Urwah menyatakan biarlah ia merasakan sakit yang sebenar, kerana semakin rasa sakitnya itu semakin kuat pergantungan dan pengharapannya kepada Allah swt.

Diketika Urwah menjalani pembedahan itu, anak lelaki yang menemaninya tadi telah mati disebabkan serangan binatang buas. Seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Selesai pembedahan itu Urwah pun pulang ke Madinah. Apabila sampai di Madinah, disebuah lorong yang dilalui olehnya, Urwah terdengar seorang lelaki berdoa : " ya Allah, engkau telah memberikan aku enam orang anak dan kini engkau telah mengambil salah satunya, tapi aku tetap masih bersyukur kepadaMu. Ya Allah, Engkau telah memberikan aku tubuh yang baik, kini engkau mengambil salah satu anggotaku ini, tetapi tetap aku bersyukur kerana masih lagi ada yang tinggal buatku."

Urwah mendengar doa lelaki tersebut membuatkan ia sayu dan bertambah rasa syukur dan redha dalam dirinya walaupun diuji oleh Allah swt dengan musibah yang betimpa-timpa.

SubhanAllah, satu cerita yang boleh kita jadikan satu pengajaran, menambahkan kekuatan dan rasa redha terhadap apa yang telah Allah berikan kepada kita, baik ia pada pandangan mata kita ataupun tidak, ia tetap yang terbaik dari Allah swt buat kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan